Syawal telah pun berkunjung tiba. Tidak sah sekiranya pihak sekolah
tidak mengadakan sambutan hari lebaran ini bagi meraikan bulan yang mulia ini.
Tanggal 11 Syawal 1435H pihak sekolah telah mengadakan Majlis Salam Lebaran
2014 dan Majlis Persaraan dua orang guru SMKA Maahad Muar yang akan bersara
pada 15 Ogos 2014. Guru berkenaan ialah Pn. Hjh. Anisah binti Abdul Rahim dan
Pn Hjh. Rahmah Binti Abdullah. Berikut merupakan maklumat berkenaan majlis :
Tarikh : 7 Ogos 2014 / 11 Syawal
1435H
Lokasi : Dewan Al-Khawarizmi
Hari : Khamis
Masa : 11.30 Pagi
Antara tetamu VIP yang hadir ialah wakil PIBG Tn. Hj Nazir bin Aznin dan dua orang guru yang akan bersara iaitu Pn. Hjh. Anisah binti Abdul Rahim dan Pn Hjh. Rahmah binti Abdullah diiringi oleh pengetua sekolah Pn Hatina binti Yaakub dan GPK Pentadbiran Tn. Hj. Mohd Dani bin Md Ali. Majlis diserikan dengan alunan bacaan Al-Quran dari Johan Qariah Kebangsaan dari SMKA Maahad Muar dan juga persembahan pelajar khusus untuk kedua – dua guru yang akan bersara. Tidak lupa ucapan dari ketua pelajar dan pengetua sekolah sempena hari lebaran dan persaraan guru tersebut. Momen-momen indah dipaparkan di skrin layar bagi mengingatkan kembali nostalgia ketika kedua-dua guru tersebut berbakti di SMKA Maahad Muar sebelum memberikan ucapan terakhir di SMKA Maahad Muar. Seterusnya pemberian cenderamata dari pelbagai pihak diserahkan kepada Pn. Hjh. Anisah binti Abdul Rahim dan Pn Hjh. Rahmah binti Abdullah sebelum sesi bersalaman dijalankan. Guru – guru dan pelajar dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak selepas selesai majlis. Berikut merupakan memori indah sepanjang perjalanan majlis.
|
Pertunjukan silat |
|
Pn. Pengetua menyampaikan ucapan |
|
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Khairunnisa' Binti Ishak, Johan Kebangsaan |
|
Ucapan daripada wakil pelajar |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan