banner frog

Blogger templates

Selamat datang ke laman sesawang SMKA MAAHAD MUAR

Vle Frog Username

Sila Masukkan Nama Penuh Di Petak Kuning dan tekan "enter"

Selasa, 12 Ogos 2014

Majlis Salam Lebaran 2014 & Majlis Persaraan

Syawal telah pun berkunjung tiba. Tidak sah sekiranya pihak sekolah tidak mengadakan sambutan hari lebaran ini bagi meraikan bulan yang mulia ini. Tanggal 11 Syawal 1435H pihak sekolah telah mengadakan Majlis Salam Lebaran 2014 dan Majlis Persaraan dua orang guru SMKA Maahad Muar yang akan bersara pada 15 Ogos 2014. Guru berkenaan ialah Pn. Hjh. Anisah binti Abdul Rahim dan Pn Hjh. Rahmah Binti Abdullah. Berikut merupakan maklumat berkenaan majlis :

Tarikh   : 7 Ogos 2014 / 11 Syawal 1435H
Lokasi  : Dewan Al-Khawarizmi
Hari       : Khamis
Masa    : 11.30 Pagi

Antara tetamu VIP yang hadir ialah wakil PIBG Tn. Hj Nazir bin Aznin dan dua orang guru yang akan bersara iaitu Pn. Hjh. Anisah binti Abdul Rahim dan Pn Hjh. Rahmah binti Abdullah diiringi oleh pengetua sekolah Pn Hatina binti Yaakub dan GPK Pentadbiran Tn. Hj. Mohd Dani bin Md Ali. Majlis diserikan dengan alunan bacaan Al-Quran dari Johan Qariah Kebangsaan dari SMKA Maahad Muar dan juga persembahan pelajar khusus untuk kedua – dua guru yang akan bersara. Tidak lupa ucapan dari ketua pelajar dan pengetua sekolah sempena hari lebaran dan persaraan guru tersebut. Momen-momen indah dipaparkan di skrin layar bagi mengingatkan kembali nostalgia ketika kedua-dua guru tersebut berbakti di SMKA Maahad Muar sebelum memberikan ucapan terakhir di SMKA Maahad Muar. Seterusnya pemberian cenderamata dari pelbagai pihak diserahkan kepada Pn. Hjh. Anisah binti Abdul Rahim dan Pn Hjh. Rahmah binti Abdullah sebelum sesi bersalaman dijalankan. Guru – guru dan pelajar dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak selepas selesai majlis. Berikut merupakan memori indah sepanjang perjalanan majlis.



Pertunjukan silat
Pn. Pengetua menyampaikan ucapan
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Khairunnisa' Binti Ishak, Johan Kebangsaan

Ucapan daripada wakil pelajar




Isnin, 11 Ogos 2014


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57
Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semoga kita akan terus mensyukuri nikmat kemerdekaan ini
serta terus membangunkan Malaysia untuk masa depan yang lebih cemerlang

Program Khatam Al-Quran, Infaq Ramadhan, Iftar Jamaie dan Qiamullail Tahun 2014/1435H


Bulan ramadhan yang lepas pelbagai program telah dianjurkan di sekolah. Antaranya ialah program Khatam Al-Quran, Infaq Ramadhan, Iftar Jamaie dan Qiamullail yang telah berlangsung pada 24 Ramadhan yang lepas. Berikut merupakan maklumat berkenaan majlis tersebut:

Tarikh    : 22 Julai 2014 / 24 Ramadhan 1435H
Hari        : Selasa
Masa     : 5.00 Petang
Tempat  : Surau Umar Abdul Aziz, SMKA Maahad Muar.

Beberapa orang jemputan VIP turut memenuhi undangan seperti Timbalan Pengarah PPD iaitu Tn. Hj. Mohd Shahabudin Bin Jazuli dan YDP PIBG Dr. Khairul Azmi Mohamad. Pihak sekolah turut menjemput jemputan khas dari Palestin iaitu Ustaz Ahmad Raami. Program khatam Al-Quran, Infaq Ramadhan dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Raami dari Palestin dijalankan pada sebelah petang sementara menanti waktu berbuka puasa.Selain itu, tabung derma untuk umat islam di Gaza, Palestin turut diedarkan kepada jemaah untuk sama-sama membantu meringankan beban saudara seagama disana. Pelajar dan guru dibekalkan dengan sedikit bekalan untuk berbuka puasa. Kemudian, solat maghrib dilakukan secara berjemaah sebelum menikmati berbuka puasa. Selesai sahaja berbuka puasa, semua jemaah berkumpul kembali di surau untuk mendengar amanat daripada tetamu VIP iaitu Timbalan Pengarah PPD dan pengetua SMKA Maahad Muar. Kemudian jemaah menunaikan solat tarawih berimamkan Ustaz Ahmad Raami. Berikut merupakan corat - coret sepanjang perjalanan program.


Program Khatam Al-Quran yang dikelolakan oleh Ustaz Sani

Sesi Pendaftaran
Program Infaq Ramadhan


Ustaz Ahmad Raami menyampaikan tazkirah sambil diterjemahkan oleh Ustaz Mahyuddin






Ucapan oleh Pn. Pengetua, Ustazah Hatina
Timb. Pengarah PPD, Tn. Hj. Mohd Shahabudin turut menyampaikan ucapan

Rabu, 6 Ogos 2014

Selamat Datang Ustazah Hatina!


Tanggal 20 Julai 2014 SMKA Maahad Muar telah menerima seorang pengetua baru iaitu Ustazah Hatina binti Yaakob. Beliau pernah berkhidmat selama 7 tahun sebagai Guru Penolong Kanan pentadbiran di SMKA Sharifah Rodziah, Melaka dan memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran. Beliau seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas. Beliau juga sempat beramah-mesra dan menyampaikan mandat kepada pelajar dan guru-guru SMKA Maahad Muar. Semoga dengan kehadiran beliau dapat menaikkan lagi imej SMKA Maahad Muar dan memberikan motivasi kepada guru-guru dan para pelajar terutamanya dalam misi mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2015.


Ustazah Hatina telah menerima surat pelantikan dan kenaikan pangkat dalam majlis ringkas yang telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Md. Rashid bin Hj. Hussin, Pengarah Pendidikan Melaka di Bilik Kesidang, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka pada 10 Julai 2014

Pn. Pengetua menyampaikan amanat kepada para pelajar

Isnin, 21 Julai 2014



Salam Takziah buat keluarga dan sahabat handai mangsa yang terlibat 
dalam kemalangan MH17.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah S.W.T.
Alfatihah...

Sabtu, 19 Julai 2014

Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Asrama 2014/2015


Baru – baru ini telah diadakan Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Asrama. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya adalah ice breaking, ceramah kepimpinan bercorakkan Islam dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga sesi pembentangan oleh para peserta bagi mengasah teknik percakapan umum dan membina keyakinan para peserta untuk bercakap di khalayak ramai. Lebih menarik lagi apabila Puan Pengetua sudi meluangkan masa bersama pelajar dan warden asrama ketika majlis penutupan kem ini. 

                                           Lokasi                        : Puteri Resort Melaka
                                           Tarikh                         : 17 – 19 Julai 2014
                                           Jumlah pelajar           : 40 orang





Para Peserta Kem


Persiapan Sebelum Pembentangan

Para Peserta Turut Berkesempatan Melakukan Aktiviti Air


Puan Pengetua Menyampaikan Amanat Kepada Para Peserta

Semoga apa yang telah dicurahkan oleh warden dan juga aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung membawa manfaat kepada wakil – wakil pelajar asrama seterusnya melahirkan pemimpin yang berkaliber. Semoga berjaya diucapkan  kepada semua exco asrama.